fbpx
Now Reading
Lelaki Terbakar 96% Di Perlis Sudah Meninggal Dunia

Lelaki Terbakar 96% Di Perlis Sudah Meninggal Dunia

Perkara tersebut dikongsikan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada media pada Khamis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lelaki yang melecur 96% selepas membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, Kangar, pada malam Rabu dilaporkan sudah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Menurut Sinar Harian, perkara tersebut dikongsikan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada media pada Khamis.

Jelas beliau, pihak polis bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai waktu kematian mangsa.

Mangsa yang berusia 28 tahun sebelum ini dikejarkan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Terdahulu kisah mangsa menjadi perhatian masyarakat selepas tular klip insiden memperlihatkan mangsa sedang berjalan dalam keadaan seluruh badannya terbakar.

Media kemudian memaklumkan mendiang nekad membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baharu.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.