fbpx
Now Reading
Perisikan AS Dakwa Putin Sudah Keluar Arahan Untuk Ceroboh Ukraine

Perisikan AS Dakwa Putin Sudah Keluar Arahan Untuk Ceroboh Ukraine

Presiden AS, Joe Biden sebelum ini mendedahkan bahawa beliau sangat pasti yang Rusia sudah membuat keputusan untuk menyerang Ukraine.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui konflik yang sedang melanda dua negara di Eropah Timur iaitu Rusia dan Ukraine.

Ketegangan yang dikhuatiri bakal bertukar menjadi peperangan dalam masa terdekat memaksa banyak kerajaan di dunia mengarahkan rakyat mereka untuk meninggalkan Ukraine atas faktor keselamatan.

Wisma Putra turut tidak terkecuali apabila sudah mula meminta rakyat Malaysia yang berada di sana untuk menghubungi dan berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kiev sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk.

Terbaharu semalam, pihak perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin, sudah pun memberi arahan kepada tenteranya untuk meneruskan pencerobohan di Ukraine.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik CBS, tentera Rusia kini bukan sahaja menghampiri kawasan sempatan malah juga sudah menyediakan pelan rancangan untuk bergerak di medan perang.

“Pasukan perisikan mengatakan bahawa tentera Rusia sebenarnya sudah menerima arahan untuk meneruskan pencerobohan,” kata wartawan CBS News, David Martin kepada hos Face the Nation, Margaret Brennan.

Pendedahan yang dilakukan wartawan CBS itu dibuat tidak sampai beberapa hari selepas Presiden AS, Joe Biden mendedahkan bahawa beliau sangat pasti yang Rusia sudah membuat keputusan untuk menyerang Ukraine.

Dalam pada itu, CNN melaporkan 120 dari 160 batalion kumpulan taktikal (BTG) Rusia sudah pun berada dalam jarak 60km dari sempadan Ukraine.

Tambah mereka lagi, besar kemungkinan terdapat hampir 200,000 tentera Rusia dan pejuang pemisah yang sudah ditempatkan di kawasan terlibat, dengan 35 daripada 50 batalion pertahanan udara yang sudah bersedia untuk berperang dengan negara jiran mereka itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.