fbpx
Now Reading
Diugut Rahsia 1MDB Didedahkan, Bekas Banker Goldman Dakwa Terpaksa Beli Rumah AS$10 Juta Untuk Bekas Kekasih

Diugut Rahsia 1MDB Didedahkan, Bekas Banker Goldman Dakwa Terpaksa Beli Rumah AS$10 Juta Untuk Bekas Kekasih

Menurut Tim Leissner, dia diugut bekas CEO Datuk Rohana Rozhan atau rahsianya akan didedahkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner hangat diperkatakan media antarabangsa selepas dia yang tampil sebagai saksi bagi perbicaraan kes rasuah bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng telah membuat beberapa pendedahan mengejutkan kepada Mahkamah New York.

Leissner yang merupakan pegawai atasan Roger Ng mendakwa bahawa dia telah diugut oleh bekas kekasihnya, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) media untuk membeli rumah berharga AS$10 juta (RM41.9 juta) di London atau pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didedahkan.

Disoal oleh pendakwa raya Drew Rolle tentang kekasihnya itu, Leissner kemudian menyebut beberapa nama antaranya bekas CEO Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan yang difahamkan telah menjalin cinta bersamanya dari 2003 hingga 2013, lapor The Edge Market.

“Ms. Rozhan (Rohana) begitu kecewa ketika hubungan kami berakhir dan mengetahui saya akan bersama isteri saya, Kimora.

“Jika saya tidak belikannya rumah, dia akan mendedahkan kepada pihak berkuasa mengenai skandal saya dalam 1MDB.

“Dia ugut untuk dedahkan skandal itu pada 2013 dan saya menjadi begitu takut,” kata Leinssner di hadapan Mahkamah New York.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan ada berbincang dengan ketuanya, Ketua Goldman Sachs Asia, Richard Gnodde, mengenai hubungannya bersama Rohana.

Isu ini menurutnya sensitif memandangkan syarikat mereka menjalin kerjasama perniagaan bersama Astro, kata Leissner.

Dia kemudian diberi amaran agar lebih berhati-hati sekiranya ‘menjalinkan hubungan dengan pelanggan’.

Leissner pada 2018 mengaku bersalah kerana bersubahat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.