
Perang Dengan Rusia Sudah Bermula, Menteri Ukraine Mohon Bantuan Dunia Agar Ianya Dihentikan
Menurut laporan media, letupan sudah didengari di beberapa bandar antaranya bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Beberapa jam lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin sudah pun mengisytiharkan perang terhadap Ukraine.
Arahan ini dilihat dikeluarkan tanpa menghiraukan desakan daripada pihak seluruh dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat dan negara di Eropah.
Baca artikel berkaitan : Presiden Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

Menurut laporan media Ukraine, Interfax, serangan roket sudah pun dilancarkan oleh Rusia terhadap semua pangkalan tentera di negara mereka dan tentera Russia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di bahagian selatan.
Що це? Розрив в Харкові. Почали? pic.twitter.com/BJlMal8qal
— Лаур:Балаур (@Luckyman_1108) February 24, 2022
Mengakui pencerobohan berskala penuh sudah bermula, Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba, menerusi Twitter memohon bantuan kuasa dunia agar ianya dapat dihentikan.
“Putin baru sahaja melancarkan serangan berskala penuh terhadap Ukraine. Bandar yang sebelum ini aman kini berdepan serangan. Ini adalah perang untuk menakluk.
“Ukraine akan mempertahankan dirinya dan akan menang. Dunia boleh dan perlu untuk menghentikan Putin. Sekarang adalah masa untuk bertindak,” ciap Kuleba.
Putin has just launched a full-scale invasion of Ukraine. Peaceful Ukrainian cities are under strikes. This is a war of aggression. Ukraine will defend itself and will win. The world can and must stop Putin. The time to act is now.
— Dmytro Kuleba (@DmytroKuleba) February 24, 2022
Menurut laporan CBS, selain letupan yang sudah kedengaran, beberapa bandar juga sudah mula bingit dengan bunyi siren polis dan ambulans.
BREAKING: Air raid Sirens going off Ukraine
— Live Conflict (@LiveConflict) February 24, 2022
Martial law:
Please stay at home and take shelter
Ukrainian:
Будь ласка, залишайтеся вдома і сховайтеся
#Russia #Ukraine #News pic.twitter.com/FWHmSwcG3M
Baca artikel berkaitan :