fbpx
Now Reading
“137 Rakyat Ukraine Maut Pada Hari Pertama Pertempuran” – Presiden Ukraine

“137 Rakyat Ukraine Maut Pada Hari Pertama Pertempuran” – Presiden Ukraine

Jumlah yang maut ini merangkumi sejumlah anggota tentera dan orang awam selepas negara mereka diserang melalui udara, darat dan juga laut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui semalam, 24 Februari telah bermulanya misi serangan Rusia terhadap Ukraine selepas Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan perang dan melancarkan ‘operasi ketenteraan khas’ berskala penuh terhadap bekas negara jiran Sovietnya itu.

Selepas 24 jam pertempuran, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengumumkan terdapat 137 kematian melibatkan pihak mereka, lapor AFP.

Menerusi laporan Al Jazeera, jumlah yang maut ini merangkumi sejumlah anggota tentera dan orang awam selepas negara mereka diserang melalui udara, darat dan juga laut.

Tambah Zelensky, pertempuran pada hari pertama ini turut mengakibatkan 316 orang cedera.

”Mereka membunuh orang dan menjadikan bandar aman kami sebagai sasaran tentera. Ia satu perbuatan kotor dan tidak patut dimaafkan,” luah Zelenkyy merujuk kepada tentera Rusia.

Rusia tiada rancangan untuk hentikan pencerobohan

Dalam pada itu, ABC News yang memetik sumber kerajaan Amerika Syarikat melaporkan Rusia tidak merancang untuk menghentikan serangan.

Terdahulu Putin sewaktu melancarkan serangan berkata Rusia tidak berhasrat untuk menawan Ukraine sebaliknya matlamat utama operasi ketenteraan itu dilakukan adalah untuk ‘melindungi’ rakyat yang sudah lapan tahun berdepan ancaman pembantaian rejim Kiev.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.