fbpx
Now Reading
Pesawat Terbesar Dunia, Antonov AN-225 Musnah Dibedil Rusia

Pesawat Terbesar Dunia, Antonov AN-225 Musnah Dibedil Rusia

Difahamkan pesawat itu telah diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kiev sewaktu ia diserang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pesawat terbesar dunia, Antonov AN-225 dilaporkan musnah sewaktu serangan Rusia ke atas Ukraine, lapor CNN.

Pihak berkuasa Ukraine menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi memaklumkan pesawat kargo gergasi yang terkenal dengan jolokan ‘Mriya’ atau ‘Impian’ dalam bahasa Ukraine itu telah diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kiev sewaktu ia diserang tentera Rusia.

Mereka bagaimanapun memaklumkan akan membina semula pesawat berkenaan selain memenuhi impian mereka untuk mewujudkan negara Ukraine yang kuat, bebas dan demokratik.

Perkara sama turut dikongsikan Menteri Luar Ukraine, Dmyto Kuleba di Twitter miliknya.

“Rusia mungkin telah memusnahkan ‘Mriya’ kami. Tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan impian kami untuk sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik. Kami akan menang!” ciap Kuleba.

Belum ada pengesahan rasmi dari Antonov mengenai kondisi terkini Mriya

Namun setakat ini tiada pengesahan berasingan mengenai kemusnahan pesawat berkenaan. Syarikat Antonov menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak dapat mengesahkan keadaan teknikal pesawat berkenaan sebelum pakar melakukan pemeriksaan.

Mereka di dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan Mriya sudah berada di lapangan terbang berkenaan untuk kerja penyelenggaraan sejak 24 Februari.

Sebagai info, dengan ukuran 84 meter panjang dan 18 meter tinggi, Antonov An-225 Mriya mampu membawa berat berlepas maksimum 640 tan.

Foto : Selangor Kini

Pesawat yang direka bentuk oleh Antonov pada akhir 1980-an ini juga sudah beberapa kali mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai pesawat pengangkut barangan komersial antaranya pada 2007, 2016, dan 2018.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.