fbpx
Now Reading
Mahkamah Luar Negara Arah Malaysia Bayar RM62 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

Mahkamah Luar Negara Arah Malaysia Bayar RM62 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

Menurut laporan sama, Malaysia kini hanya mempunyai tiga bulan untuk membayar jumlah berkenaan atau perlu menanggung faedah, melainkan arahan itu dibatalkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Kemaskini] Berhubung tuntutan pampasan yang dikemukan oleh pewaris Sultan Sulu, Kerajaan Malaysia mengumumkan tidak akan melayan tuntutan berkenaan termasuk arahan untuk membayar pampasan bernilai kira-kira RM62 bilion yang dibuat menerusi prosiding timbang tara di Paris.

Baca artikel terbaharu di sini :Isu Pampasan RM62 Bilion, Malaysia Tolak & Tidak Iktiraf Tuntutan Waris Sultan Sulu


Mahkamah timbang tara di Perancis telah mengarahkan Malaysia untuk membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.6 bilion) kepada pewaris Sultan Sulu.

Keputusan itu difahamkan diambil selepas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa mendapati kerajaan Malaysia telah melanggar perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamal Al Alam bersama Baron de Overbeck dan Alfred Dent dari Syarikat Borneo Utara British (SBUB) pada 22 Januari 1878.

Menurut Malaysiakini yang memetik laman berita Sepanyol, La Información, arahan itu dikeluarkan Gonzalo Stampa sewaktu perbicaraan tuntutan di mahkamah timbang tara di Paris.

Foto : PDRM

Jelas Stampa, perjanjian yang dilakukan pada 1878 adalah satu “perjanjian pajakan swasta antarabangsa” komersial. Justeru tindakan kerajaan Malaysia tidak membayarnya adalah satu perlanggaran.

Kenyataan ini dilihat merujuk kepada tindakan kerajaan Malaysia yang menghentikan pembayaran wang serahan berjumlah RM5,300 setahun kepada peguam yang mewakili sembilan waris Kesultanan Sulu pada 2013 selepas pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Menurut laporan sama, kerajaan Malaysia kini hanya mempunyai tiga bulan untuk membayar jumlah berkenaan atau perlu menanggung faedah, melainkan arahan itu dibatalkan.

Pewaris Sultan Sulu mulanya tuntut AS$32 Bilon

Menggelarnya sebagai “arbitrasi terbesar di Sepanyol”, artikel dari La Informaction itu turut melaporkan waris Sultan Sulu diwakili firma dari Sepanyol, B Cremades & Asociados dan firma di UK Paul Cohen and Elisabeth Mason telah menuntut AS$32.2 bilion (RM135.08 bilion) daripada Malaysia.

Ini menurut mereka adalah wang serahan yang belum dibayar (sejak 2013) dicampur dengan jumlah hasil minyak dan gas yang ditemui di Sabah.

Malaysia tidak diwakili dalam perbicaraan

Menerusi laporan Global Arbitration Review, Malaysia yang tidak diwakili dalam perbicaraan timbang tara di Paris bagaimanapun akan mencabar kesahihan Stampa untuk mendengar kes itu dan mahu ia dibicarakan di mahkamah jenayah.

Mahkamah Tinggi Madrid sebelum ini telah membatalkan pelantikan Stampa atas alasan bahawa Malaysia tidak dimaklumkan dengan betul mengenai kes itu sekaligus “tidak dapat mempertahankan diri” sewaktu kes berkenaan dibicarakan buat kali pertama. Kes kemudian dipindahkan ke Paris.

Kementerian Luar dan Peguam Negara akan beri kenyataan dalam masa terdekat – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi memaklumkan satu kenyataan bersama akan dikeluarkan Wisma Putra dan Pejabat Peguam Negara berhubung isu berkenaan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.