fbpx
Now Reading
‘Isu Pampasan RM62 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu, Kerajaan Akan Keluar Kenyataan’- PM

‘Isu Pampasan RM62 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu, Kerajaan Akan Keluar Kenyataan’- PM

Mahkamah Tinggi Madrid sebelum ini telah membatalkan pelantikan Stampa atas alasan bahawa Malaysia tidak dimaklumkan dengan betul mengenai kes itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam media tempatan melaporkan kerajaan Malaysia telah diarahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Paris untuk membayar kurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.6 bilion) kepada pewaris Sultan Sulu.

Ia selepas penimbang tara Sepanyol mendapati kerajaan Malaysia telah melanggar perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamal Al Alam bersama Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dengan tidak melakukan pembayaran pemisahan sejak 2013.

Kenyataan ini merujuk kepada tindakan kerajaan Malaysia yang menghentikan pembayaran wang serahan berjumlah RM5,300 setahun kepada peguam yang mewakili sembilan waris Kesultanan Sulu selepas pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

Baca artikel berkaitan: Mahkamah Luar Negara Arah Malaysia Bayar RM62 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditemui media pada petang Selasa, 1 Mac memaklumkan Kementerian Luar dan Pejabat Peguam Negara  akan mengeluarkan satu kenyataan bersama berhubung laporan berkenaan.

“Kementerian Luar dan Pejabat Peguam Negara akan buat kenyataan bersama nanti,” kata beliau ringkas.

Terdahulu laporan La Informaction turut menyebut yang kerajaan Malaysia kini hanya mempunyai tiga bulan untuk membayar pampasan berkenaan atau perlu menanggung faedah, melainkan anugerah tersebut dibatalkan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.