fbpx
Now Reading
KWSP Umum Dividen 6.1% Untuk Konvensional & 5.65% Untuk Shariah Bagi Tahun 2021

KWSP Umum Dividen 6.1% Untuk Konvensional & 5.65% Untuk Shariah Bagi Tahun 2021

Kadar ini dilihat lebih tinggi daripada kadar KWSP bagi tahun 2020 iaitu 5.2% dan 4.9%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 6.1% dan 5.65% untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2021.

Menerusi satu ciapan di Twitter, KWSP memaklumkan agihan dividen ialah RM56.92 bilion, iaitu RM50.45 bilion bagi Simpanan Konvensional dan RM6.47 bilion bagi Simpanan Shariah.

Kadar ini bukan sahaja lebih tinggi daripada kadar KWSP 2020 iaitu 5.2% dan 4.9%, malah ia dilihat lebih tinggi dari agihan pendapatan lima sen seunit oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB) perdana Permodalan Nasional Berhad untuk 2021.

Menurut laporan BH, KWSP pada 2021 telah mencatatkan caruman bersih negatif (caruman setelah mengambil kira pengeluaran) buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun sebanyak RM58.2 bilion.

Namun KWSP tetap teguh dan berhemat dalam strategi pelaburan jangka panjangnya, selain menyesuaikan diri terhadap cabaran dalam memastikan pulangan mampan jangka panjang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.