
Menteri Pendidikan Benarkan Calon SPM Terkesan Banjir Untuk Pakai Baju Biasa Duduki Peperiksaan
Pelajar yang terjejas boleh menghubungi guru / pengetua untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui kawasan di pantai timur ketika ini sedang mengalami banjir besar terutama di beberapa daerah di Terengganu serta Kelantan.
Keadaan banjir yang berterusan sejak beberapa hari yang lalu telah memberi kesan yang buruk kepada penduduk khususnya pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Ini kerana, terdapat beberapa barang seperti buku dan baju uniform sekolah yang telah hanyut atau rosak di bawa air deras.
Malah jumlah mangsa banjir di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan semakin meningkat seperti Kemaman, Kuala Nerus, Besut, Pasir Mas serta banyak lagi.
Keadaan ini sekaligus menyukarkan mereka untuk hadir menduduki SPM yang bermula pada hari ini.
Namun begitu, Menteri Kanan Pendidikan iaitu Datuk Dr Radzi Jidin telah membenarkan calon-calon yang terkesan untuk memakai apa-apa saja pakaian yang bersesuaian.
Beliau juga menyifatkan bahawa didalam keadaan krisis ini kita tidak boleh terlalu memilih.
“Memahami situasi semasa banjir, KPM juga memutuskan memberi kelonggaran dari segi pemakaian uniform sekolah. Calon SPM 2021 dibenarkan memakai pakaian lain yang sopan dan bersesuaian,” kata Dr Radzi.
Tambah beliau, KPM menerusi Lembaga Peperiksaan sentiasa memantau rapi situasi banjir dan telah menyediakan pelan tindakan bagi memastikan calon SPM tahun 2021 dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan teratur dan selamat.
SPM 2021 candidates affected by floods are allowed to be present at exam centres without wearing school uniforms.
— BFM News (@NewsBFM) March 2, 2022
“Calon-calon yang terkesan banjir, pakailah apa-apa pun tidak mengapa, dalam keadaan krisis kita tak boleh terlalu memilih,” said Education Minister Radzi Jidin. https://t.co/VxVvUpKThe pic.twitter.com/uNwzWeX1mz
Sebagai info, seramai 407,097 orang calon yang terlibat di dalam Ujian Sijil Peperiksaan Malaysia 2021 yang bermula daripada 2 Mac sehingga 29 Mac ini.