fbpx
Now Reading
Bukan Pembalakan Haram, Sebaliknya Kegelinciran Tanah Di Tasik Kenyir

Bukan Pembalakan Haram, Sebaliknya Kegelinciran Tanah Di Tasik Kenyir

Ratusan kayu di Tasik Kenyir, netizen dakwa pembalakkan haram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tasik Kenyir terkenal sebagai salah satu kawasan perlancongan yang sering dikunjungi oleh para pelancong.

Keindahan tasiknya yang terletak di daerah Hulu Terengganu yang sering menjadi sebutan itu kini hanya menjadi bualan ramai.

Beberapa pihak termasuk netizen mendakwa bahawa terdapat pembalakan haram yang dijalankan di kawasan tersebut menerusi maklumat yang tular di media sosial.

Namun begitu, perkara ini disangkal oleh Roslan Rani iaitu Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu yang menyatakan ia sebenarnya adalah kegelinciran tanah.

Melalui taklimat dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), kegelinciran tanah itu berlaku sehingga menyebabkan tanah runtuh berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) pada Ahad (27 Februari).

Bukan itu sahaja, semasa kejadian telah berlakunya fenomena ‘kepala air’ yang menghanyutkan pokok-pokok, sampah sarap, sisa kayu dahan serta ranting yang mati ke dalam sungai.

Roslan Rani berkata, “Perkara ini telah menyebabkan seolah-olah berlakunya ‘banjir puing’ kerana ada video yang tular di media sosial yang turut menunjukkan ratusan kayu-kayan hanyut didakwa sebagai balak oleh orang ramai.

“Situasi ini ini adalah sama seperti kejadian yang berlaku di Bentong, Pahang semasa akhir tahun yang lalu,” ujarnya lagi.

Selain itu, hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat lalu telah menyebabkan berlaku tanah runtuh  hingga memutuskan akses jalan keluar dan masuk ke SJSM pada pukul 4 pagi hari yang sama.

Pihak TNB juga segera menghentikan operasi SJSM setelah berlakunya satu lagi tanah runtuh hingga mengakibatkan sebuah jambatan dan menara penghantaran 132kV runtuh.

Akan tetapi, pihak TNB memberi jaminan bekalan elektrik tidak akan terjejas dan boleh ditampung kepada pengguna di Pantai Timur dengan menggunakan sumber penjanaan lain yang disalurkan melalui sistem Grid Nasional.

Kredit gambar: Bernama

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.