fbpx
Now Reading
Saintis Kelahiran Malaysia Di UK Maut Kemalangan

Saintis Kelahiran Malaysia Di UK Maut Kemalangan

Dr Ling Felce difahamkan sedang menunggang basikal apabila sebuah lori merempuhnya di Oxford pada Selasa lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang saintis kelahiran Malaysia, Dr Ling Felce dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Oxford, England pada Selasa lalu, 1 Mac 2022.

Dr Ling Felce atau Wong Suet Ling, 35, difahamkan sedang menunggang basikal apabila sebuah lori merempuhnya di persimpangan bulatan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford sekitar jam 2.35 petang waktu tempatan.

Mendiang yang mengalami kecederaan serius kemudian dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor The Oxford Mail.

Menerusi laporan BBC, Dr Ling yang bertugas sebagai saintis penyelidik di Universiti Oxford dilahirkan di Malaysia pada tahun 1986 namun berpindah bersama keluarganya ke London pada tahun 1991.

Dia seterusnya melanjutkan pengajian dalam jurusan biokimia di universiti sama pada tahun 2005 sehingga mendapat ijazah doktor falsafah (DPhil) di Jabatan Farmakologi Klinikal Universiti.

Beliau dikenali sebagai saintis muda yang memegang peranan penting dalam penubuhan institut baharu di universiti berprestij tersebut.

Bunga diletakkan di lokasi kemalangan sebagai memperingati mendiang. Foto : Oxford Mail

Malah beliau baru-baru ini terlibat dalam menjalankan kajian mengenai tindak balas imun manusia terhadap Covid-19 dan kanser.

Menurut BBC, Dr Ling yang sudah 8 tahun berumahtangga yang mempunyai dua orang anak berusia 3 dan 5 tahun disifatkan oleh rakan sekerjanya sebagai individu yang begitu mengambil berat dan tidak mementingkan diri sendir.

Foto : Radliff Department Of Medicine, University Oxford

“Beliau adalah permata keluarga kami dan kami sangat sedih di atas pemergiannya di usia yang begitu muda, dia mempunyai banyak impian untuk dirinya dan anak-anak,”

“Saya rasa kehilangan arah tanpa kehadirannya tetapi dia akan terus ‘ada’ melalui cinta yang dia berikan kepada kami dan kepada ramai yang lain,” kata suaminya, James Felce.

Pemandu lori, Robert Whiting, 39, dilaporkan didakwa di Mahkamah Majistret Oxford pada Khamis atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian ketika berada bawah pengaruh dadah.

Dia turut berdepan pertuduhan menyebabkan kematian dengan memandu tanpa lesen dan tanpa insurans.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.