fbpx
Now Reading
20 Ekor Kucing Mati Bergelimpangan Dipercayai Diracun

20 Ekor Kucing Mati Bergelimpangan Dipercayai Diracun

Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan ramai, namun sering kali juga kita mendengar isu kucing diracun oleh segelintir pihak yang tidak berhati perut.

Perkara ini turut berlaku di Pantai Bukit Keluang, Besut, apabila sebanyak 20 ekor kucing ditemukan mati dipercayai akibat diracun pada Ahad (6 Mac).

Menerusi video yang dikongsikan oleh Badrul Hafeezy dilaman Facebook miliknya, kelihatan beliau menunjukkan bangkai kucing yang mati bergelimpangan di kawasan itu.

Perkongsiannya itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen, dimana rata-rata menyatakan rasa sedih dan kecewa akan insiden yang berlaku.

Menurut Bernama, Badrul Hafeezy yang dikatakan hadir ke kawasaan itu untuk beriadah, terkejut apabila melihat bangkai haiwan yang banyak.

Beliau dan seorang rakannya iaitu Roshanapi Osman, 39, ada disitu pada pukul 9.30 pagi.

“Semua kucing ini memang kenal serta manja dengan saya kerana saya selalu memberi mereka makan jika ada masa terluang.

“Saya merasa sedih dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perkara sebegini rupa terhadap haiwan ini,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan satu laporan sudah dibuat di Balai Kampung Raja pada jam 3.30 petang semalam (6 Mac).

Selain itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr Anun berkata bahawa pihaknya sudah maklum akan kejadian yang berlaku dan akan melakukan siasat selanjutnya.

Gambar Kredit: Group Pencinta Kucing (Ahmad Farhan Ghazali)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.