Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sama seperti semalam, Lembah Klang hari ini (8 Mac) sekali lagi berdepan hujan lebat menyebabkan beberapa jalan raya ditenggelami air.
Namun, tular di media sosial menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @emmilariff, berlaku fenomena hujan batu di Cheras, Hulu langat pada pukul 4.15 petang tadi.
Its now happening here , hujan batu habis tingkap rumah pecah. Pokok tumbang. Be safe korang! Besar ya batunya boleh buat abc 😵💫 pic.twitter.com/FI5t9qyIpB
Menerusi video tersebut, beliau menyifatkan bahawa ketulan hujan batu yang turun itu mempunyai saiz yang besar dan sakit apabila terkena pada badannya.
Foto: laman Twitter @emmilariff
Malah hujan batu itu juga telah menyebabkan cermin tingkap di rumahnya pecah serta beberapa pokok tumbang.
Di dalan video itu, dapat dilihat dengan jelas bahawa kawasan rumahnya dihujani dengan hujan batu serta beberapa serpihan kaca yang bertaburan dihalaman rumah akibat dari hujan itu.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa dia sempat membawa masuk kereta ke dalam kawasan perkarangan rumah yang berbumbung sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.