fbpx
Now Reading
JPA Umum Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin

JPA Umum Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin

Kemudahan Cuti Kuarantin ini secara tidak langsung dapat membantu perkhidmatan awam yang terkesan dengan virus ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam fasa pandemik Covid-19 ini bukan sahaja golongan dewasa yang terkesan dengan virus ini, malah virus ini turut menyerang kanak-kanak dan bayi tanpa mengira usia.

Apabila ada anak-anak yang terkena jangkitan ini sudah pastinya ibu bapa atau penjaga perlu mengambil cuti untuk menjaga mereka di rumah dan adakalanya perlu mengambil dalam tempoh masa yang lama.

Sehubungan itu, kerajaan telah bersetuju untuk menambahbaik Kemudahan Cuti Kuarantin seperti penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin atau pengasingan berkuat kuasa pada 4 Mac.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Sri Mohd Syafiq Bin Abdullah, memaklumkan bahawa kerajaan telah menambah beberapa lagi lagi senarai penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perkhidmatan Perubatan Kerajaan atau swasta.

Sebelum ini, senarai penyakit berjangkit itu terhad kepada enam jenis penyakit seperti penyakit kaki, tangan dan mulut, demam denggi, demam denggi berdarah, campak, difteria dan malaria.

Sehubungan itu, penambahbaikan peraturan sedia ada ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan perkhidmatan awam serta dalam masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Menurut Mohd Syafiq, nama Kemudahan Cuti Kuarantin turut dipinda kepada “Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan”.

Berdasarkan surat edaran ini, anak adalah termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat serta anak pelihara.

Mohd Syafiq berkata “tempoh cuti dikekalkan sebanyak lima hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta mengikut mana lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

“Namun, pegawai yang memerlukan tempoh cuti tambahan boleh memohon Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkenaan,” katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan Ketua Jabatan juga boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) sekiranya pegawai berupaya untuk melaksanakan kerja dari rumah.

Namun begitu, panduan ini telah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan ia tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

Perkara ini turut dikongsikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam satu ciapan di Twitter rasmi jabatan itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.