fbpx
Now Reading
531 Produk Kesihatan Dan Kosmetik Tidak Berdaftar Dirampas KKM

531 Produk Kesihatan Dan Kosmetik Tidak Berdaftar Dirampas KKM

Orang ramai dinasihatkan untuk menjadi pengguna yang bijak dengan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan kosmetik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercerita tentang kesihatan dan kecantikan, semua orang tahu bahawa kita perlu menjaganya dengan baik serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Namun, tidak dinafikan dalam usaha menjaganya, ada di antara kita yang mengambil inisiatif seperti mengambil ubat kesihatan tambahan (supplement) yang dijual di pasaran.

Jika terbukti berkesan mungkin tidak menjadi masalah, namun bagaimana pula dengan produk yang belum diperakui kesahihannya?

Perkara ini sebenarnya agak membimbangkan kerana ada dikalangan pengguna yang mengamalkan produk kesihatan dan kosmetik tanpa menyemak sama ada ia adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau pun tidak.

Sebanyak 531 produk kesihatan dan kosmetik dirampas

Terbaharu, sebanyak 531 produk kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar telah dirampas oleh KKM.

Foto: Freepik

Rampasan itu dilakukan menerusi Op Majestic yang dijalankan di sekitar ibu negara serta dianggarkan rampasan ini bernilai RM152,213.

Menurut Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur, Dr Nor’Aishah Abu Bakar berkata, serbuan ini dilakukan ke atas tujuh premis perniagaan, dan ini termasuklah sebuah dispenseri haram di Jalan Tun Tan Siew Sin yang telah menjadi tumpuan ramai terutama pada kalangan bukan warganegara.

“Produk yang tidak berdaftar dengan KKM yang dirampas itu termasuklah ubat-ubatan yang mengandungi racun yang telah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 seperti antibiotik, antihistamin, serta tahan sakit.

Foto: Freepik

“Bukan itu sahaja, produk itu juga telah dipamerkan secara terbuka malah ada juga disorok di balik pelbagai produk barangan am,” katanya.

Operasi berdasarkan pemantauan sasaran dan aduan awam

Beliau turut menyatakan bahawa operasi ini melibatkan seramai 45 orang Pegawai Penguatkuasa Farmasi dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM,

Tambahnya, operasi ini dijalankan hasil daripada pemantauan ke atas premis sasaran serta aduan orang awam.

Boleh didenda sehingga RM50,000, dan RM100,000 untuk kesalahan berikutnya

Menurutnya lagi, siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika disabit kesalahan, pihak terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan yang berikutnya.

Lantaran itu, beliau juga menasihatkan orang ramai agar membuat semakan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik sama ada menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara 03-7883 5400  atau melayari laman sesawang mereka.

Kredit gambar: Freepik dan Pixabay

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.