fbpx

Datuk Onn Hafiz Angkat Sumpah Menteri Besar Johor Ke-19

Turut hadir pada majlis angkat sumpah tersebut ialah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’ Hasni Mohammad yang juga bekas menteri besar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebentar tadi selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Beliau yang juga cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO pertama, Dato Onn Jaafar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada jam sekitar 3 petang.

Perkara tersebut disahkan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Foto : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Turut hadir pada majlis angkat sumpah tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’ Hasni Mohammad yang juga bekas menteri besar.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, BN meraih kemenangan besar apabila berjaya memenangi 40 daripada 56 yang kerusi DUN yang dipertandingkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.