fbpx
Now Reading
McDonald’s Malaysia Lancar Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ di Bukit Bintang

McDonald’s Malaysia Lancar Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ di Bukit Bintang

Lintasan ini akan menjadi satu simbol ikonik dan ‘Insta-worthy’ di Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

McDonald’s Malaysia telah melancarkan Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ di Bukit Bintang pada hari ini (15Mac).

Lintasan pejalan kaki ini dibina dengan mengambil reka bentuk daripada kentang goreng yang telah menjadi kegemaran ramai.

Menjadi satu destinasi wajib untuk dilawati bagi pengunjung tempatan dan luar negara

Difahamkan ia diwujudkan untuk menarik keterujaan pengunjung di kalangan rakyat Malaysia selain menjadi destinasi ‘wajib untuk dilawati’ bagi pengunjung daripada luar negara.

Lokasi wajib bagi golongan muda untuk menambah koleksi posting

Foto: Afifa | BuzzKini

Menurut Datuk Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan Malaysia, Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ ini bakal menjadi nilai tambahan kepada keindahan di Kuala Lumpur serta menjadi lokasi wajib bagi golongan-golongan muda terutamanya untuk menambah koleksi posting di dalam media sosial mereka

McDonald’s Bukit Bintang adalah restoran pertama di Malaysia

Restoran McDonald’s cawangan Bukit Bintang merupakan restoran pertama yang dibuka di Malaysia dan ia telah dibuka selama 40 tahun pada 1982.

Walau bagaimanapun, lintasan ini dibina bagi menyambut usaha kerajaan dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang makmur pada 2030.

“Kami amat berbangga dengan inisiatif yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia untuk tampil bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan kami sangat menghargai usaha kreatif dalam menjadikan lintasan bukit bintang ini sebagai salah satu simbol ikonik di Kuala Lumpur,” kata Datuk Sri Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.