fbpx
Now Reading
[Terkini] Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10K

[Terkini] Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10K

Tambah Perdana Menteri, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengeluaran khas wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media khas sebentar tadi.

“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru itu, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” umum beliau.

Penjelasan lanjut akan diumumkan KWSP dan MOF

Namun menurut Perdana Menteri, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar membuat pertimbangan terlebih dahulu sebelum melakukan pengeluaran. Ini menurut beliau demi masa depan mereka.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak. Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” kata beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.