fbpx
Now Reading
Beri Kontrak Bekal Makanan Pada Syarikat Isteri, Ketua Balai Bomba Dipenjara 180 Bulan & Denda RM194k

Beri Kontrak Bekal Makanan Pada Syarikat Isteri, Ketua Balai Bomba Dipenjara 180 Bulan & Denda RM194k

Prosiding selama dua jam menetapkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh sebatan menjadikan tempoh 18 bulan penjara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara memberikan kontrak pembekalan makanan bernilai RM36,279.69 kepada syarikat milik isterinya, seorang Ketua Balai Bomba dan Penyelamat di Pekan, Pahang dihukum penjara 180 bulan dan denda RM194,062.10 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhi hukuman tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap 10 pertuduhan yang dikenakan.

Prosiding selama dua jam menetapkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh sebatan menjadikan tempoh 18 bulan penjara.

Mahkamah dalam masa sama turut memerintahkan tertuduh untuk dihukum penjara lima tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, penjawat awam itu didapati bersalah kerana menggunakan kedudukannya dengan mencadangkan dan memberi memberi kontrak-kontrak pembekalan makanan bernilai RM36,279.69 kepada syarikat milik isterinya di antara Mac 2014 dan 3 Ogos 2015.

Kontrak-kontrak yang bernilai dari RM1,075 hingga RM7,500 itu diberikan untuk pelbagai program serta operasi melibatkan anggota bomba di balai tempat dia berkhidmat.

Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 24 akta sama, iaitu boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Ahmad Zamzani bagaimanapun membenarkan permohonan peguam G. Ravishankar yang mewakili Sheikh Hassan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Rayuan difahamkan perlu difailkan dalam tempoh 14 hari oleh tertuduh dan jaminan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.