fbpx
Now Reading
Remaja Mengandung Kerana Dirogol Sepupu

Remaja Mengandung Kerana Dirogol Sepupu

Walau bagaimanapun, kes masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hati ibu mana yang tidak pedih tatkala mengetahui anak perempuannya mengandung empat bulan kerana dirogol sepupu sendiri ketika mangsa berada di rumah mereka di satu kawasan perumahan, tahun lalu (2021) di Kulim, Kedah.

Perkara itu diketahui ibunya selepas dia mendesak anak perempuannya untuk memberitahu perkara sebenar kerana berasa pelik melihat perut remaja yang berusia 16 tahun itu semakin membesar.

Menurut Harian Metro yang memetik sumber, remaja itu telah membuat laporan polis berhubung insiden yang telah menimpa dirinya.

Oleh itu, suspek yang berusia 25 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Mangsa dirogol pada September tahun lalu

“Melalui hasil siasatan lanjut mangsa memaklumkan dia dirogol pada September tahun lalu (2021), tetapi tidak ingat bila tarikh dan masa yang tepat.

“Mangsa turut mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang tidur di dalam biliknya dan suspek telah masuk melalui pintu hadapan rumah yang tidak berkunci,” kata sumber.

Tambahnya, suspek yang merupakan sepupunya itu juga berpesan kepada mangsa agar tidak memberitahu hal berkenaan kepada sesiapa.

Selepas kejadian mangsa menyedari dirinya tidak datang haid

Katanya lagi, menerusi siasatan suspek didapati jarang berkunjung ke rumah mangsa dan selepas insiden berkenaan remaja perempuan itu menyedari dirinya tidak datang haid.

“Walaupun mengesyaki dirinya hamil, remaja perempuan itu tidak berani untuk memberitahu hal berkenaan kepada sesiapa malah dia langsung tidak menghubungi suspek tersebut.

Kejadian terbongkar selepas didesak oleh ibu

“Kejadian itu terbongkar apabila mangsa berkenaan menceritakan hal sebenar selepas didesak oleh ibunya beberapa kali,” ujarnya.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan, Sazalee Adam yang dihubungi media mengesahkan ada menerima laporan berkenaan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lebih lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.