Lebih 700 Buah Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran di Tawau [Video]
Kebakaran tersebut menyebabkan 1338 penduduk terjejas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lebih 700 buah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, Tawau semalam (18 Mac).
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen, insiden dipercayai bermula sekitar 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lima minit selepas itu.
Sehubungan itu, lebih 40 pegawai dan anggota balai berkenaan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam. Operasi turut dibantu BBP Semporna dan Bomba Komuniti Kampung Kitingan dengan lima bot
Kebakaran kemudiannya berjaya dikawal pada jam sekitar 9 malam dan bomba melaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
1338 mangsa terjejas akibat kebakaran
Menerusi laporan Sinar Harian, kebakaran tersebut bagaimapun telah menyebabkan 1338 penduduk terjejas.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah dalam satu laporan berkata, proses pendaftaran mangsa yang terjejas sedang dilakukan namun pusat pemindahan sementara (PPS) masih belum dibuka.
Namun Majlis Perbandaran Tawau (MPT) ada menyediakan transit sementara untuk mangsa iaitu di Rumah Adat Kampung Kurnia Jaya serta dewan dan masjid di Kampung Hidayat Batu 4, di sini.
Video dan foto insiden turut tular di media sosial selepas dikongsikan oleh beberapa netizen.