fbpx
Now Reading
PDRM Kenal Pasti Pemandu Pukul Warga Asing Dengan Besi [Video]

PDRM Kenal Pasti Pemandu Pukul Warga Asing Dengan Besi [Video]

Walau bagaimanapun, punca tindakan pemandu terbabit memukul mangsa masih belum diketahui.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1505814151654154240?s=21

Semalam, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang individu lelaki bertindak secara tiba-tiba memukul seorang lelaki yang dipercayai warga asing dengan menggunakan sebatang besi di persimpang lampu isyarat di jalan Seri Manjung – Segari, Manjung.

Menerusi rakaman dashcam berdurasi 52 saat itu, kelihatan lelaki berkenaan yang pemandu sebuah Proton Wira secara tiba-tiba berhenti disusur kiri jalan sebelum keluar membawa besi.

Tiba-tiba keluar memukul lelaki menunggang basikal

Dia kemudian bertindak menghayun besi tersebut pada seorang lelaki yang menunggang basikal yang pada waktu itu sedang berhenti di lampu isyarat.

Memetik laporan Metro, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, insiden tersebut berlaku pada 13 Mac yang lalu.

Pihak polis kenal pasti suspek

Kata Nor Omar, berikutan video yang tular tersebut pihak polis telah mengenal pasti suspek yang akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bagi memberi keterangan berkenaan insiden itu.

“Kita mengesan pemilik kenderaan berkenaan iaitu seorang lelaki warga tempatan yang berasal dari Ayer Tawar Manjung. Lelaki berusia 50-an itu memaklumkan keretanya dipinjam oleh rakannya iaitu suspek pada hari kejadian.

“Susulan itu, kita juga sudah mengenal pasti suspek berusia 30-an yang berasal daripada Batu Gajah dan dia akan datang membuat keterangan esok (22 Mac),” jelasnya ketika dihubungi media.

Warga asing itu masih belum dikenal pasti

Walau bagaimanpun, beliau turut memaklumkan lelaki yang menunggang basikal itu masih belum dikenal pasti malah sehingga kini individu tersebut masih belum tampil membuat laporan polis berkenaan insiden itu.

Katanya lagi, orang awam yang mempunyai  maklumat berkaitan dengan insiden yang berlaku boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau di mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.