fbpx
Now Reading
Guna Siren Untuk Redah Kesesakan, Pemilik Proton Preve Dakwa Kereta Dah Dijual & Dipandu Orang Lain [Video]

Guna Siren Untuk Redah Kesesakan, Pemilik Proton Preve Dakwa Kereta Dah Dijual & Dipandu Orang Lain [Video]

Pemandu Proton Preve yang menggunakan lampu mata arah dan siren dikehendaki polis untuk siasatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan kenderaan jenis Proton Preve yang menggunakan lampu mata arah dan siren ketika meredah kesesakan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Subang, Petaling Jaya.

Sebaik mengesan perkara itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 22 Mac telah membuat satu laporan polis dan memanggil pemilik kenderaan tersebut untuk diambil keterangan.

Insiden berlaku pada 23 Februari lalu

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, insiden itu sebenarnya berlaku pada 6.30 petang, 23 Februari lalu.

Beliau memaklumkan, insiden yang berlaku itu tidak melibatkan sebarang kemalangan mahupun kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Polis mahu maklumat pemandu untuk siasatan lanjut

“Pemilik kereta sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk dirakam percakapan. Namun pemilik mendakwa kenderaannya dipandu individu lain ketika kejadian.

“Polis akan mendapatkan maklumat mengenai pemandu itu untuk siasatan lanjut,” kata beliau.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohamad Fakrudin menyatakan kenderaan berkenaan telah dijual oleh pemilik asal.

Tambah beliau, siasatan ini dijalankan mengikut Kaedah 94 Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dan Peraturan 24(ii) 170/59.

Mohamad Fakrudin berkata, polis meminta pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang untuk mengelak dari berlakunya sebarang insiden kemalangan.

Tambahnya, Orang ramai turut dinasihati untuk tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi video dan gambar yang boleh menimbulkan kerisauan orang awam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.