fbpx
Now Reading
“Kompaun Dah Dibayar” – Najib Tunjuk Resit, Dah Bayar Kompaun KKM

“Kompaun Dah Dibayar” – Najib Tunjuk Resit, Dah Bayar Kompaun KKM

Dia dalam masa sama turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan resit kompaun tersebut yang berjumlah RM1,000 bertarikh 22 Mac.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, 22 Mac nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perhatian orang ramai selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) memuat naik satu ciapan memberi peringatan kepadanya agar membayar satu kompaun yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kompaun tersebut menurut KJ, telah dikeluarkan oleh KKM sewaktu pilihan raya negeri (PRN) Johor dan masih belum dilunaskan.

KJ dalam masa sama turut memaklumkan KKM sudah juga sudah mengeluarkan kompaun sama kepada veteran DAP, Lim Kit Siang kerana perlanggaran SOP.

Kenyataan ini dikeluarkan KJ sebagai respon kepada laporan Malaysiakini di mana Najib mempersoalkan tindakan KKM tidak mendenda Lim kerana berpelukan dengan ramai orang sewaktu Kongres DAP pada hujung minggu lalu.

Terbaharu, Najib memaklumkan dia pun sudah menjelaskan kompaun yang dikenakan terhadapnya.

Perkara itu dikongsikan Najib menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Kongsi resit berjumlah RM1,000

Dia dalam masa sama turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan resit kompaun tersebut yang berjumlah RM1,000 bertarikh 22 Mac.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.