fbpx
Now Reading
Pemandu Mengaku Pukul Lelaki Penunggang Basikal Kerana Salah Faham

Pemandu Mengaku Pukul Lelaki Penunggang Basikal Kerana Salah Faham

Pihak polis masih mencari mangsa untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Terdahulu, tular satu video di media sosial berkenaan seorang pemandu lelaki yang bertindak memukul seorang penunggang basikal yang dipercayai warga asing dengan menggunakan sebatang besi di persimpangan lampu isyarat di jalan Seri Manjung – Segari, Manjung.

Susulan itu, polis telah mendapatkan keterangan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, temu bual bersama lelaki berusia 34 tahun itu di IPD Manjung pada petang Selasa mendapati punca insiden adalah kerana salah faham antara lelaki berkenaan dengan lelaki warga asing tersebut.

‘Mangsa beranggapan suspek ingin menghimpit dan melanggarnya’

“Suspek telah menggunakan kereta Proton Wira yang dipinjam daripada rakannya manakala mangsa yang menunggang basikal berada di lorong kiri jalan di lampu isyarat simpang empat AEON Mall Seri Manjung.

“Apabila tiba di tempat kejadian, semasa suspek mahu membelok ke simpang kiri laluan lorong pusat membeli belah, mangsa yang berada di lorong kiri laluan utama di persimpangan lampu isyarat tersebut beranggapan bahawa suspek ingin menghimpit dan melanggarnya,” katanya.

Mangsa masih belum tampil untuk membuat laporan

Katanya lagi, kerana salah faham tersebut suspek telah bertindak untuk memukul mangsa kerana mangsa dikatakan telah memaki hamun serta mencabarnya.

Menurut beliau, sehingga kini mangsa masih lagi belum dikenal pasti serta tiada sebarang laporan polis yang diterima.

Nor Omar berkata, laporan berkenaan insiden tersebut diterima pihaknya daripada seorang wanita pada Selasa pukul 10 pagi.

Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Beliau turut memaklumkan, pihak polis akan membuat permohonan perintah untuk disiasat (OTI) kepada Timbalan Pendakwa Raya Daerah Manjung untuk meneruskan siasatan.

“Pihak polis menyeru kepada mangsa yang terlibat supaya tampil membuat laporan polis dan sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Irsyadiman Allmui di talian 01117836233 untuk membantu siasatan,” kata beliau.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.