fbpx
Now Reading
Mayat Lelaki Dijumpai Terapung Dalam Sungai, Dipercayai Tertekan Positif Covid-19

Mayat Lelaki Dijumpai Terapung Dalam Sungai, Dipercayai Tertekan Positif Covid-19

Menurut pihak polis mayat lelaki yang ditemui terapung terbabit merupakan seorang pekerja buruh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mayat seorang lelaki yang juga merupakan pesakit positif Covid-19 dijumpai dalam keadaan terapung di Sungai Perak berdekatan sebuah restoran di Dataran Udang Galah, Teluk Intan, Perak, semalam (24 Mac).

Mangsa yang berusia 54 tahun itu dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 3.36 petang dan dipercayai masih dalam kuarantin berikutan terdapat gelang berwarna pink pada pergelangan tangannya.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa mendapati tiada sebarang kesan luka luaran yang ditemukan.

Mangsa juga dijumpai dalam keadaan memakai baju berwarna hitam serta berseluar pendek.

Tarikh kuarantin pada gelang 18-26 Mac

“Namun pergelangan tangan kiri mangsa terdapat gelang plastik berwarna merah jambu milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tarikh kuarantin bermula 18 hingga 24 Mac,” kata beliau.

Menurut laporan Kosmo, Ahmad Adnan berkata berdasarkan saksi iaitu kakak kepada mangsa memberitahu bahawa adiknya itu masih bujang dan tinggal berseorangan di rumahnya di Jalan Woo Saik Hong, Teluk Intan.

Difahamkan kali terakhir dia berhubung dengan adiknya adalah pada Selasa (22 Mac) lalu.

Tambah Ahmad Adnan lagi, polis polis turut mengesyaki mangsa membunuh diri kerana tertekan akibat jangkitan Covid-19.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Teluk Intan selepas ujian saringan Covid-19 dilakukan untuk mengetahui punca kematian.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kata Ahmad Adnan.

Kredit gambar: FB River Cruise Teluk Intan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.