fbpx
Now Reading
Umpama Kebun Mini, Polis Temui 17 Pokok Ganja Di Kediaman Penyanyi Nasyid

Umpama Kebun Mini, Polis Temui 17 Pokok Ganja Di Kediaman Penyanyi Nasyid

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi, (25 Mac), peminat dunia hiburan hangat memperkatakan mengenai laporan penahanan seorang penyanyi nasyid di rumahnya di sebuah kondominium di Kota Damansara.

Penahanan itu dilakukan pihak polis selepas dia yang juga seorang komposer berusia 47 tahun disyaki terlibat dengan kes berkaitan dadah.

Baca artikel berkaitan : Penyanyi Nasyid Dicekup, Disyaki Terlibat Kes Dadah

Terbaharu, Awani melaporkan penyanyi nasyid itu dipercayai menanam ganja di dalam rumahnya sejak dua bulan lalu untuk kegunaan sendiri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya telah menemui 17 pasu pokok ganja selain dua plastik lut sinar ketulan mampat ganja seberat 214 gram yang dianggarkan bernilai RM10,700.

Foto : Polis

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja di bahagian bawah sebelah kanan almari di dalam salah sebuah bilik.

“Kami turut menemui satu lagi pokok dalam pasu disyaki ganja di balkoni rumah dan tiga lagi pokok ganja di dalam almari baju,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada petang Jumaat.

Foto : Polis

Hasil analisa, keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh dibekalkan kepada 214 penagih.

Selain itu, polis turut menyita sebuah kereta Toyota Wish serta sejumlah wang tunai menjadikan jumlah anggaran sitaaan bernilai RM40,700.

Tambah Mohamad Fakhrudin lagi, siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek positif ganja dan sudah lebih 10 tahun menjadi penagih aktif.

“Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 31 Mac nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.