fbpx
Now Reading
Selepas Prasarana, Kini PDRM Pula Siasat Kes Lelaki Berpakaian Seragam Pukul Orang Awam

Selepas Prasarana, Kini PDRM Pula Siasat Kes Lelaki Berpakaian Seragam Pukul Orang Awam

Insiden dipercayai berlaku apabila mangsa ditangkap kerana mengambil makanan tanpa membayar dari sebuah kedai serbaneka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam telah tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian seragam Prasarana memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka.

Susulan dari kes itu pihak polis telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat insiden berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Dang wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurut Noor Dellhan, setakat ini seramai empat orang saksi telah dirakam percakapan dan pihaknya meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan insiden boleh tampil bagi membantu siasatan.

“Video berdurasi 41 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok madamluniey yang menunjukkan seorang individu dikasari oleh individu lain di hadapan kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi sudah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terbabit sebaik sahaja klip video itu tular pada 25 Mac yang lalu,” jelas beliau lagi.

Tambahnya, jika terdapat sebarang maklumat berkaitan insiden ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hazim Hussaindi di talian 019-7749678 atau IPD Dang Wangi di talian 03-21159999 atau di mana-mana balai polis yang berdekatan.

Prasana mohon maaf atas insiden yang berlaku

Terdahulu, Prasarana Sdn Bhd menerusi kenyataan medianya turut menegaskan bahawa pihaknya telah melancarkan siasatan serta-merta ke atas insiden berkenaan.

“Prasarana juga memohon maaf atas kejadian ini dan menjamin tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang di masa hadapan,” tulisnya dalam Facebook.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.