fbpx
Now Reading
Disyaki Cabul Pelajar 11 Tahun, Pemandu Van Sekolah Ditahan Polis

Disyaki Cabul Pelajar 11 Tahun, Pemandu Van Sekolah Ditahan Polis

Bapa kepada pelajar tersebut sebelum ini telah memuatnaik hantaran di Facebook meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut adalah melampau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, tular dua rakaman di laman media sosial memaparkan pertengkaran antara seorang bapa kepada pelajar berumur 11 tahun dengan seorang pemandu van sekolah.

Susulan pada insiden itu, polis telah menahan pemandu van sekolah yang berusia 41 tahun itu pada Rabu (30 Mac) kerana disyaki telah mencabul pelajar berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemandu berkenaan telah ditahan di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2 pada jam 2 petang.

“Polis menahan lelaki terbabit selepas laporan dibuat seorang wanita berusia 40 tahun berkaitan kes cabul ke atas seorang murid perempuan tahun lima, hari ini (30 Mac).

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu. Siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” kata Nanda Maarof.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.