fbpx
Now Reading
Tanam 17 Pokok Ganja, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Tanam 17 Pokok Ganja, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Penyanyi nasyid itu sebelum ini telah ditahan sejak 24 Mac lalu di sebuah unit kondominium di Kota Damansara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penyanyi nasyid dan komposer lagu yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan satu kes berkaitan dadah telah dihadapkan ke mahkamah pada hari ini (31 Mac).

Memetik laporan Sinar Harian, penyanyi nasyid yang dikenali sebagai Muhammad Yasin Sulaiman, 47, telah didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di Petaling Jaya, bagi dua pertuduhan menanam 17 pokok dipercayai ganja dan mengedar dadah jenis sama pada minggu lalu.

Mengaku tidak bersalah

Tertuduh didakwa menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik yang berisi tanah yang diperolehi secara terus atau secara tidak langsung.

Yasin Sulaiman bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Kesalahan yang didakwa itu telah dilakukan oleh penyanyi tersebut di sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Kesalahan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa kepada hukuman penjara seumur dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Yasin Sulaiman turut didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu jenis ganja yang dianggarkan seberat 214 gram.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB serta boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati perlu disebat tidak kurang dari 15 kali sebatan.

Pendakwaan itu telah dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saidi Hashim manakala penyanyi itu diwakili peguamnya Yusmadi Yusoff.

‘Sampaikan salam pada YB Syed Saddiq’

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bernama, Yasin Sulaiman ketika ditemui turut menitipkan salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan berpesan minta segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di parlimen.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.