fbpx
Now Reading
Hantar Gambar Waran Tangkap, Polis Kesan Taktik Baharu Macau Scam Pedaya Mangsa

Hantar Gambar Waran Tangkap, Polis Kesan Taktik Baharu Macau Scam Pedaya Mangsa

Pihak polis hanya akan menunjukkan waran tangkap secara fizikal kepada individu terlibat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari pasti ada saja kisah berkenaan rakyat kita yang telah terpedaya dengan sindiket penipuan atas talian.

Malah mereka juga sentiasa mempunyai taktik terkini dalam memperkukuhkan lagi strategi untuk menjerat mangsa-mangsa yang seterusnya.

Terbaharu, polis telah mengesan taktik terbaharu sindiket penipuan Macau Scam iaitu dengan menghantar gambar yang didakwa sebagai waran tangkap kepada mangsa.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din berkata, taktik tersebut dikatakan digunakan bagi menakutkan penerima mesej berkenaan.

Mangsa akan menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali

“Mangsa kebiasaanya akan menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali mendakwa sebagai pegawai polis, mahkamah dan sebagainya.

“Namun, taktik yang terbaru dikesan sindiket akan menghantar gambar yang didakwa sebagai waran tangkap kepada mangsa,” katanya.

Tambahnya, taktik tersebut merupakan sebahagian daripada modus operandi yang digunakan sindiket Macau Scam bagi memperdaya serta menipu mangsa.

“Bagi menyempurnakan waran tangkap, pihak polis sama sekali tidak akan menghantar dokumen tersebut kepada individu terlibat.

“Waran hanya ditunjukkan secara fizikal kepada individu yang ditahan semasa tangkapan dilakukan,” jelasnya lagi.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan taktik yang dilakukan oleh sindiket itu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan mana-mana pihak yang tidak dikenali sekaligus mengaitkan diri dengan mana-mana kes jenayah.

“Segera buat semakan dengan pihak polis sekiranya menerima panggilan meragukan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan,” kata Kamarudin Md Din.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.