fbpx
Now Reading
KKM Kesan Dua Produk Kosmetik Mengandungi Merkuri

KKM Kesan Dua Produk Kosmetik Mengandungi Merkuri

Orang ramai yang masih menggunakan produk berkenaan diminta untuk menghentikannya dengan segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjaga kecantikan kulit merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap orang.

Malah ada yang sanggup membeli bermacam-macam produk kosmetik tanpa memeriksa terlebih dahulu kandungan yang ada dalam produk berkenaan.

Baru-baru ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan dua produk kosmetik yang ada di pasaran yang mengandungi racun berjadual jenis merkuri.

Pengarah NPRA Norhaliza A Halim menerusi kenyataannya pada Khamis (31 Mac) berkata, dua produk itu adalah ‘LS Repairing Cream’ dan ‘Luffiya Treatment Foundation’ dan orang ramai digesa untuk menggelak daripada membeli dan menggunakan produk berkenaan.

Beliau berkata orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaanya dan mendapatkan nasihat daripada ahli proffesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“Sementara itu, penjual dan pengedar produk-produkk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan Pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Tambahnya, individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” jelasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.