fbpx
Now Reading
Terperdaya Iklan Beli iPhone Dalam Talian, Kerani Berputih Mata Tanggung Kerugian Hampir RM10K

Terperdaya Iklan Beli iPhone Dalam Talian, Kerani Berputih Mata Tanggung Kerugian Hampir RM10K

Bermula dengan RM1300, akhirnya wanita ini terpaksa tanggung kerugian hampir RM10,000 apabila wang di dalam akaun banknya lesap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita berusia 24 tahun terpaksa berputih mata apabila dipedaya ketika membeli telefon pintar berjenama iPhone menerusi atas talian pada bulan (Mac) lalu.

Mangsa yang merupakan seorang kerani dan menetap di Palong, telah melayari akaun Apple Store di laman media sosial Instagram kira-kira jam 9.00 malam, pada 20 Mac yang lalu dan kemudian telah berminat untuk membuat pembelian sebuah telefon pintar berjenama iPhone 12 yang diiklankan.

Menerusi laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa telah berurusan lanjut untuk membuat pembelian telefon tersebut dengan individu di talian 017-8784274.

“Mangsa diminta untuk melakukan pembayaran barangan jika berminat bagi pengesahan pembelian melalui pautan yang diberikan kepadanya di aplikasi WhatsApp.

“Mangsa telah menekan pautan tersebut dan bayaran dilakukan ke akaun CIMB bernombor 7010448332 di atas nama Paramasilva melalui sistem pembayaran secara dalam talian sebanyak RM1300 pada 21 Mac yang lalu,” ulasnya.

Tambah Chang Hook, mangsa hanya menyedari yang dia telah menjadi mangsa penipuan selepas dia membuat semakan pada 31 Mac yang lalu.

Mangsa mendapati baki akaunnya telah berkurang sebanyak RM9,500 yang didakwa telah dipindahkan ke sebuah akaun bank milik seseorang sebanyak empat kali tanpa pengetahuannya.

Tambahnya lagi, mangsa kemudian membuat laporan polis pada 1 April yang lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.