fbpx
Now Reading
Polis Berkas Warga Asing Selepas Cubaan Untuk Merempuh [Video]

Polis Berkas Warga Asing Selepas Cubaan Untuk Merempuh [Video]

Menerusi video tersebut, orang ramai turut memuji tindakan pihak polis yang pantas dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Terdahulu, telah tular satu video di laman media sosial TikTok yang memaparkan adegan kejar-mengejar antara kenderaan pihak polis dan sebuah kenderaan yang dipandu oleh warga asing.

Menerusi video tersebut, kelihatan polis pada awalnya mengejar suspek dengan menggunakan kenderaan, namun suspek telah bertindak bertindak memecut kenderaan dan tinggalkan tempat kejadian

Bertindak untuk memecut kenderaan dan meninggalkan tempat kejadian

Memetik laporan Berita Harian, dalam insiden yang berlaku pada 5.30 petang itu, suspek berusia 40 tahun telah bertindak untuk meloloskan diri dan memecut kenderaan jenis Proton Wira Aeroback meninggalkan tempat kejadian sebelum dia dikejar dan ditahan oleh pihak polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, suspek berjaya diberkas dengan bantuan daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Petaling Jaya dan Unit Kenderaan Peronda (MPV) Polis Sungai Buloh.

Polis rampas kereta suspek untuk membantu siasatan

“Turut dirampas kereta suspek bagi membantu siasatan. Sebelum itu, anggota polis menahan kereta suspek kerana berada dalam keadaan yang mencurigakan di Damansara.

“Ketika polis hendak membuat pemeriksaan, suspek memecut kenderaan dan cuba merempuh anggota terbabit. Lelaki itu berjaya melarikan diri dan dikejar kereta peronda polis. Hasil hebahan polis, kita menahan suspek di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan semalam (3 April).

Menurutnya juga, suspek direman selama empat hari mengikut Seksyen 307 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Ia adalah kerana cubaan untuk membunuh polis serta ingkar pada perintah polis ketika ditahan untuk pemeriksaan, melarikan diri dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta perjalanan yang sah.

@syiema_manaf

Aksi Kejar Mengejar Petang2 Ni..Finally Tumpass ..Terbaik Abam Polis😊💪

♬ bunyi asal – Syiema_Manaf – Syiema_Manaf

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.