fbpx
Now Reading
Kes Cabul Di Cyberjaya : Suspek Rupanya Ada Rekod Jenayah & Pernah Cabul Di Tempat Sama Tahun Lalu

Kes Cabul Di Cyberjaya : Suspek Rupanya Ada Rekod Jenayah & Pernah Cabul Di Tempat Sama Tahun Lalu

Phak polis berjaya mengesan identiti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di premis pengurusan bangunan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita penahanan suspek dua kes cabul di Tamarind Square, Cyberjaya pada pagi semalam (6 April) membuatkan orang ramai khususnya kaum wanita di kawasan berhampiran menarik nafas lega.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang mengesahkan perkara berkenaan bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai kes itu kerana masih menunggu laporan lengkap mengenai penahanan suspek.

Baca artikel berkaitan : Suspek Cabul 2 Wanita Di Tamarind Square, Cyberjaya Sudah Ditahan

Terbaharu, beliau mendedahkan suspek adalah seorang penghantar makanan dan menetap di Puchong.

Dia yang berusia 20 tahun juga mempunyai dua rekod jenayah selain pernah mencabul seorang lagi wanita di tempat sama tahun lalu.

Ada kes curi motosikal dan miliki barang curi

“Suspek juga adalah pelaku kes cabul yang berlaku hujung tahun lalu membabitkan seorang wanita berumur 31 tahun di tempat letak kereta bangunan sama ketika mangsa bersama seorang anaknya.

“Siasatan mendapati suspek turut mempunyai dua rekod jenayah iaitu curi motosikal dan memiliki barang curi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tamarind Square

Berjaya kesan identiti menerusi CCTV

Tambah beliau lagi, pihak polis berjaya mengesan identiti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di premis pengurusan bangunan itu.

“Semakan mendapati suspek tiba di bangunan itu pada jam 1.57 tengah hari hari kelmarin (Selasa) dengan menunggang Yamaha Lagenda 115ZR berwarna merah,” katanya.

Berbekal maklumat, polis kemudian berjaya menahan suspek di Taman Putra Perdana, Puchong serta merampas barang kes semasa kejadian.

“Dia mengaku terlibat dalam kes yang disiasat,” kata beliau lagi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Terdahulu, tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang mendakwa rakannya dicabul oleh seorang lelaki. Lebih mengejutkan apabila seorang lagi wanita turut berkongsi perkara sama menandakan ada berlaku dua kes berbeza di tempat yang sama.

IPD Sepang kemudiannya mengesahkan ada menerima dua laporan cabul membabitkan dua wanita di sebuah bangunan sama di Cyberjaya.

Kes pertama dilaporkan berlaku pada jam 2 petang, melibatkan seorang pembantu peribadi yang dicabul di parkir bangunan manakala kes kedua pula membabitkan seorang wanita berusia 34 tahun yang berlaku di hadapan 15 minit selepas 15 minit kes pertama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.