fbpx
Now Reading
Penguatkuasaan Pelitup Muka Dengan Perakuan MS Sirim Ditangguhkan

Penguatkuasaan Pelitup Muka Dengan Perakuan MS Sirim Ditangguhkan

Penguatkuasaan ini ditangguhkan kepada 1 Januari 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang sebelum ini akan dikuat kuasa pada 4 Julai telah ditangguhkan kepada 1 Januari 2023.

Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebentar tadi (7 April).

Menurut Nanta, penangguhan tersebut dilakukan selepas pihaknya mengambil kira maklum balas daripada orang ramai.

“Sebab apa kita tangguh… kerana kementerian prihatin dengan kehendak rakyat.

“Selepas kita umumkan pewartaan ini ada (aduan) yang kita terima di mana kegusaran rakyat ialah mereka memikirkan kenaikan harga.

“Kita memerlukan tempoh yang sedikit lama untuk kita buat penyesuaian kepada perintah ini,” katanya dipetik dari Awani.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan pewartaan ini sebenarnya adalah untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan serta peranti rokok elektronik yang dihasilkan dalam negara atau diimport mempunyai perakuan dan penandaan MS SIRIM, sekaligus mematuhi standard dan kualiti, demi keselamatan pengguna.

Terdahulu netizen meluahkan rasa kurang senang dengan penguatkuasaan tersebut yang disifatkan agak lambat selain dikhuatiri akan menyebabkan kenaikan harga pelitup muka di pasaran.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.