fbpx
Now Reading
650 Pelanggan Fail Saman CIMB Secara Kelompok, Tuntut RM650 Juta

650 Pelanggan Fail Saman CIMB Secara Kelompok, Tuntut RM650 Juta

Mereka turut memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan akaun pengguna dalam tempoh 7 hari selepas keputusan dicapai dan memberikan ganti rugi am dan teladan dengan faedah 5% setahun dari tarikh saman difailkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kemelut membabitkan CIMB dengan beberapa pelanggannya sejak Januari lalu semakin melarat apabila sekumpulan 650 pemegang akaun telah memfailkan saman secara saman gugat-perwakilan-kelompok (class-action) berjumlah RM650 juta terhadap bank tersebut.

Menurut laporan FMT, saman itu difailkan ekoran ‘kesilapan pemprosesan’ yang menyebabkan akaun mereka dibekukan dan berhutang.

Baca artikel berkaitan :

CIMB Saman Balas 12 Pihak Yang Dibekukan Akaun, Tuntut RM1.39 Juta Dengan Faedah

Pengguna CIMB Dakwa Akaun Bank Ada Masalah, Terpaksa Tanggung Hutang ‘Tak Wujud’ Lebih RM28K

Difahamkan 26 pemilik akaun telah dinamakan untuk mewakili keseluruhan 650 pelanggan itu lain kini bersedia untuk membawa kes ini ke muka pengadilan.

Mereka menuntut keseluruhan sebanyak RM1,007,702.91 – yang menurut mereka telah diambil secara paksa oleh bank daripada akaun masing-masing berikutan proses pemulihan hutangnya.

Menerusi saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, 6 April, kumpulan ini turut meminta sekurang-kurangnya RM1 juta diberikan sebagai ganti rugi kepada setiap pemegang akaun yang terlibat.

Selain itu, mereka turut memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan akaun pengguna dalam tempoh 7 hari selepas keputusan dicapai dan memberikan ganti rugi am dan teladan dengan faedah 5% setahun dari tarikh saman difailkan.

‘Lambah diambil adalah selaras dengan amalan standard’ – CIMB

Menerusi satu kenyataan segera, CIMB berkata: “Sebagai sebahagian daripada langkah pemulihannya, CIMB telah melaksanakan hak kontrak dan undang-undangnya untuk mendebit akaun sejumlah pelanggan terhad yang tidak secara langsung atau melalui peguam, memberi maklum balas atau terlibat dengan bank walaupun percubaan dibuat oleh bank. Bank telah meneruskan untuk menolak amaun yang didebitkan terhadap kredit pendua yang tersilap diterima oleh pelanggan tersebut hanya selepas notis awal diberikan.

Tambah CIMB, semua langkah yang diambil adalah selaras dengan amalan standard industri dan selepas notis dan pemberitahuan yang sewajarnya.

“CIMB tetap komited untuk memastikan penyelesaian yang adil dan terurus dan kami akan terus melibatkan semua pelanggan yang terjejas yang menerima kredit berganda,” kata CIMB dipetik dari FMT.

Terdahulu CIMB telah memfailkan saman balas terhadap 12 pelanggannya dan menuntu RM1.39 Juta bersama faedah.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.