fbpx
Now Reading
‘Kotor Dan Berkutu’ – Polis Berjaya Kesan Suspek Heret Anjing [Video]

‘Kotor Dan Berkutu’ – Polis Berjaya Kesan Suspek Heret Anjing [Video]

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah mendapat kecaman dari netizen dan beranggapan tindakan itu adalah tidak wajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1512396131967582219?s=21&t=nBZr4a3lEmBc7S1VPZd71w

Baru-baru ini, telah tular satu video di laman Twitter yang memaparkan seorang individu yang menaiki sebuah kenderaan berwarna putih sedang menarik seekor anjing dari dalam kereta.

Tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut telah membuatkan orang ramai berasa marah dan pihak polis telah berjaya mengesan suspek.

Menerusi laporan Utusan, individu berkenaan memberi alasan bahawa anjing tersebut kotor dan berkutu dan ia tidak sesuai dibawa untuk menaiki kenderaan.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd.Wahid berkata, pihak polis telah berjaya mengesan seorang lelaki dan seorang wanita berkaitan insiden berkenaan yang dilaporkan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Taman Sri Skudai, Jumaat (8 April).

“Semasa soal siasat dijalankan, suspek memberitahu anjing berkenaan adalah haiwan peliharaan mereka yang telah dijumpai semula dalam keadaan kotor dan berkutu.

“Sehubungan itu, suspek merasakan tidak sesuai untuk anjing berkenaan dibawa masuk ke dalam kereta, sebaliknya mereka mengikat anjing berkenaan dengan menggunakan ‘leash’ sebelum ditarik perlahan-lahan.

“Suspek juga memaklumkan kawasan anjing berkenaan ditemui tidak jauh daripada kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan semalam (10 April).

Menurut Rupiah, suspek yang telah diambil kenyataan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 serta kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor bagi tindakan lanjut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.