fbpx
Now Reading
Tujuh Banduan Lari Dari Penjara Jelebu, Seorang Berjaya Diberkas

Tujuh Banduan Lari Dari Penjara Jelebu, Seorang Berjaya Diberkas

Seramai tujuh banduan telah dilaporkan melarikan diri daripada Penjara Jelebu sejak petang semalam (10 April).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seramai tujuh orang banduan tahanan reman mahkamah telah dilaporkan melarikan diri dari penjara Jelebu, Negeri Sembilan pada jam 3 petang semalam (10 April).

Banduan tersebut kini menjadi buruan polis dan mereka dikenali sebagai Muhammad Aminuddin Khan Mohd. Yusof, Shazuan Md. Sharif, Zainuddin, Mohd. Zarizan Zainal, Muhammad Syafiq Rohmat.

Bagaimanapun, seorang banduan iaitu Sohaimi Khalid telah berjaya diberkas semula di sebuah kawasan kebun sawit, Kongkoi dalam jarak dua kilometer dari penjara Jelebu pada jam 7 petang semalam (10 April).

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin menyatakan, susulan insiden berkenaan pihaknya telah menjalankan operasi mengesan serta menangkap banduan berkenaan, lapor Utusan.

“Polis Daerah Jelebu menerima makluman berkaitan tujuh banduan yang melarikan diri di Penjara Jelebu namun seorang banduan telah ditemukan petang tadi. Kesemua banduan adalah tahan reman mahkamah di Penjara Jelebu.

“Susulan daripada kejadian itu, pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu melancarkan operasi mengesan dan menangkap banduan tersebut dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu,” kata Maslan Udin.

Tambahnya, pihaknya turut mengalu-alukan sekiranya orang awam mempunyai maklumat untuk membantu pihak polis.

“Maklumat tersebut boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Jelebi di mana-mana talian di bawah. Orang Ramai yang mendapat maklumat boleh menghubungi IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau Bilik Gerakan Jelebu di talian 06-6137999,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 244 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.