fbpx
Now Reading
MDA Umum Batal Kelulusan Dua Jenis Kit Ujian Kendiri Covid-19

MDA Umum Batal Kelulusan Dua Jenis Kit Ujian Kendiri Covid-19

Dua jenis kit ujian kendiri Covid-19 itu dibatalkan kerana tidak mematuhi kelulusan bersyarat yang ditetapkan MDA.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kit ujian kendiri Covid-19 kini telah menjadi satu bahan yang diperlukan bagi setiap rumah, dan ia memudahkan orang ramai untuk membuat ujian kendiri sekiranya terdapat simptom virus serta untuk berwaspada dari terkena jangkitan Covid-19.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menyenaraikan beberapa kit ujian kendiri yang boleh digunakan serta mencapai tahap kelulusan bersyarat yang ditetapkan.

Namun, baru-baru ini MDA telah membatalkan kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri Covid-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

Maklumat tersebut telah dimuat naik oleh MDA menerusi hantarannya di Facebook menerusi infografik dan kenyataan ringkasnya semalam (11 April).

Foto: FB Medical Device Authority

“Pembatalan ini dibuat kerana establismen tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa serta merta.

“MDA juga ingin menasihati pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” ulasnya di dalam Facebook.

Perkara sama turut dikongsikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu ciapan di Twitter.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.