fbpx
Now Reading
DJ Wong Rupanya Tidak Hilang, Akhirnya Muncul Live Di Facebook & Ceraikan Isteri Talak 3 [Video]

DJ Wong Rupanya Tidak Hilang, Akhirnya Muncul Live Di Facebook & Ceraikan Isteri Talak 3 [Video]

Misteri kehilangan DJ Wong akhirnya terjawab apabila dia muncul bersiaran secara langsung di Facebook serta dalam masa sama telah bertindak melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media melaporkan misteri kehilangan seorang deejay viral yang dikenali sebagai DJ Wong yang dikatakan hilang sejak tujuh hari yang lalu.

Namun, misteri kehilangannya itu kini terjawab apabila dia muncul bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook tengah malam (12 April) tadi, sebelum mengakhiri siaran itu dengan melafazkan cerai kepada isterinya.

DJ Wong mohon maaf dan minta pihak berkuasa hentikan operasi pencarian

Menerusi siaran langsung selama 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya Noor Aziz Johari, 53, telah memohon maaf kepada semua pihak serta meminta pihak berkuasa untuk menghentikan operasi mencari dirinya.

Beliau yang tampil dengan baju melayu berwarna biru itu menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan selamat serta sihat, namun enggan memberitahu lokasi keberadaannya.

DJ Wong menerusi siaran langsung itu turut memaklumkan punca dia bertindak keluar dari rumah adalah atas kerelaan hati ekoran dari masalah peribadi dengan isterinya iaitu DJ Sal.

Lafaz cerai talak tiga terhadap isteri sambil menyentuh al-Quran

Beliau turut menzahirkan rasa syukur meskipun hanya mempunyai syiling RM2.70 dan telefon bimbit, tetapi masih bertahan dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat sepanjang dirinya dilaporkan hilang.

DJ Wong dalam masa yang sama turut memberitahu kepada pengikutnya bahawa dia tidak akan muncul lagi di Facebook sebelum mengejutkan orang ramai apabila melafazkan talak tiga kepada isterinya, DJ Sal sambil menyentuh al-Quran.

“Tindakan lafaz cerai di FB dayus”

Sementara itu, DJ Sal menerusi siaran langsung di page DJ Wong dan Sal Bollywood telah menyifatkan DJ Wong sebagai lelaki dayus atas tindakannya yang menghilangkan diri serta melafazkan cerai secara langsung di Facebook.

Menurutnya, dia turut terkejut apabila DJ Wong tampil membuat ‘live’ dan memaklumkan berulang kali tidak mahu mengaibkan lelaki tersebut dan meminta suaminya itu untuk menunggu di mahkamah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.