fbpx
Now Reading
Kereta MPV Dibakar Disyaki Curi Lembu, Polis Minta Individu Terlibat Tampil [Video]

Kereta MPV Dibakar Disyaki Curi Lembu, Polis Minta Individu Terlibat Tampil [Video]

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau individu yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dibakar kerana disyaki digunakan untuk mencuri lembu di Felda Neram, Kemaman, Terengganu.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa individu membalikkan kenderaan tersebut sebelum ianya dibakar.

Dalam video sama juga, dapat dilihat beberapa ekor lembu berada berhampiran kenderaan sama.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihak polis meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan video tersebut tampil untuk mambantu siasatan.

Katanya, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana telah melakukan khianat dengan menggunakan bahan api sehingga menyebabkan kebakaran.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau berada di lokasi kejadian di minta tampil untuk membantu kes siasatan tersebut.

“Kita juga belum menerima maklumat daripada mana-mana pihak yang mendakwa kehilangan lembu peliharaan yang dikatakan berkait dengan kebakaran MPV itu sebagaimana maklumat yang tular,” katanya ketika dihubungi media pada Selasa (12 April).

@abemiey86

Kereta pencuri lembu

♬ bunyi asal – Abemiey

Tambahnya lagi, setakat ini kejadian berkenaan masih belum boleh dikaitkan dengan insiden curi lembu kerana belum ada sebarang laporan diterima.

Namun menurutnya, sebelum ini memang ada insiden kecurian lembu di kawasan tersebut dan pihak polis juga sudah berjaya menyelesaikan beberapa kes.

“Jika ada laporan kehilangan atau kecurian lembu, kita akan buka siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Buat masa ini siasatan dibuka berdasarkan laporan pertama iaitu membakar kenderaan,” kata Hanyan.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan masyarakat untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan kes jenayah serta tidak mengambil tindakan sendiri.

@abemiey86

Berigat doh di kemaman

♬ bunyi asal – Abemiey

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.