fbpx
Now Reading
KKM Sahkan Tiada Produk Coklat Kinder Bueno Yang Tercemar Dikesan Di Malaysia

KKM Sahkan Tiada Produk Coklat Kinder Bueno Yang Tercemar Dikesan Di Malaysia

KKM mengesahkan tiada produk coklat yang berjenama kinder dari kilang di Belgium yang tercemar dengan bakteria Salmonella thphirium.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sebelum ini melaporkan terdapat kes salmonella yang dikesan di beberapa negara di Eropah.

Susulan dengan insiden itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan tiada produk coklat jenama Kinder daripada kilang Ferrero Ardenes di Arlon, Belgium yang dilaporkan tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium masuk ke Malaysia.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KKM) Mohd Salim Dulatti mengesahkan perkara berkenaan berdasarkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) Malaysia sejak dari tahun 2021 hingga kini.

Produk yang terlibat tidak dibawa masuk ke Malaysia.

Menurutnya, maklumat daripada International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN) turut mengesahkan produk yang terbabit tidak dieksport masuk ke Malaysia.

“Coklat berjenama Kinder yang memasuki negara ini kebanyakan diimport daripada Poland, Itali, Jerman, India dan beberapa negara lain.

“KKM bagaimanapun akan meningkatkan pemantauan terhadap produk coklat berjenama Kinder di pintu masuk negara bagi memastikan produk terbabit tidak masuk ke pasaran tempatan,” jelasnya.

Beliau berkata, pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Salmonella typhirium merupakan bakteria patogenik

Terdahulu, media melaporkan beberapa jenis produk coklat yang terlibat adalah Kinder Surpirse, Kinder Mini Eggs, Kinder Surprise Maxi 100g, Kinder Schokobons dan Kinder Egg Hunt Kit.

Salmonella typhirium merupakan bakteria patogenik yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dengan simptom demam, kekejangan perut dan cirit-birit terutama di kalangan kanak-kanak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.