fbpx
Now Reading
Pengganggur Ditahan Disyaki Liwat Anak Perempuan 4 Tahun

Pengganggur Ditahan Disyaki Liwat Anak Perempuan 4 Tahun

Nenek mangsa yang sedar akan perubahan sikap kanak-kanak itu telah meminta mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum bertindak melaporkan pada polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penggaggur ditahan kerana disyaki telah melakukan seks luar tabii kepada seorang anak perempuan yang berusia 4 tahun di sebuah kediaman di Arau, Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau Superintenden, Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek yang berusia 51 tahun tersebut ditahan pada tengah malam tadi (13 April), selepas pihaknya menerima maklumat berkenaan insiden dari nenek mangsa.

Mengadu rasa sakit di bahagian ‘belakang’

“Terdahulu, nenek mangsa yang melihat cucunya sedang bermain di halaman rumah memanggil mangsa untuk ke kediamannya selepas melihat keadaan cucunya itu yang muram serta tidak kena.

“Mangsa kemudian mengadu kepada neneknya bahawa dia berasa sakit di bahagian ‘belakang’. Curiga dengan keadaan itu, neneknya meminta mangsa menceritakan apa yang berlaku.

“Kanak-kanak itu memberitahu neneknya perlakuan bapanya ketika mereka berdua saja di rumah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Neneknya kemudian bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Mangsa berubah sikap jadi pendiam sejak Julai 2021

Beliau berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik yang mana kakak serta abangnya berusia 10 tahun dan enam tahun.

“Sebelum ini, nenek mangsa sudah pun curiga dan mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan mangsa sejak Julai tahun (2021) lalu kerana perubahan sikap mangsa yang menjadi pendiam selain enggan bercakap.

“Siasatan awal mendapati, rumah nenek mangsa dan kediaman suspek yang juga menantunya itu terletak bersebelahan,” jelasnya lagi.

Suspek mempunyai rekod jenayah lampau

Beliau bagaimanapun berkata sikap suspek yang panas baran dan malas bekerja itu telah menyebabkan nenek mangsa dan suspek tidak bertegur antara satu sama lain.

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi pemeriksaan.

Manakala suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut serta semakan mendapati, lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.