fbpx
Now Reading
5 Alatan Wajib Untuk Korang Mulakan Projek DIY [Video]

5 Alatan Wajib Untuk Korang Mulakan Projek DIY [Video]

Peralatan asas ini sebenarnya diperlukan untuk setiap rumah, kerana kadang kala kita mungkin memerlukannya untuk perkara lain tidak semestinya untuk DIY sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kadang kala apabila di rumah kita lebih gemar untuk melakukan sesuatu perkara itu sendiri, sebagai contoh membetulkan peralatan elektrik, atau memasang perabut di rumah, serta banyak lagi.

Namun, untuk melakukan kerja ini kita hendaklah mempunyai barangan asas bagi memudahkan proses kerja tersebut.

Jika tiada, alamatnya lagi lama lah anda perlu bertukang nak siapkan kerja itu atau anda mungkin akan merosakkan sesuatu barang itu sebab tiada peralatan yang sesuai.

Jom kami kongsikan kepada anda beberapa peralatan asas yang diperlukan, peralatan ni bukan sahaja boleh digunakan untuk DIY tapi nak betulkan motor atau kereta pun boleh.

#1 Set Spanar dan Soket

Foto: Freepik

Spanar set dan socket ini adalah antara peralatan yang penting kerana setiap skru mempunyai size yang berbeza.

Jadi apabila anda beli spanar set anda akan ada pelbagai size, namun satu perkara yang anda perlu tahu spanar juga mempunyai sistem pengiraan yang berbeza antaranya metric, imperial atau inci.

Perbezaan sistem metric lebih menggunakan centimeter, milimeter dan meter, manakala imperial menggunakan titik perpuluhan dan inci lebih kepada pengiraan pecahan.

Kebiasaannya spanar yang digunakan adalah sistem metric kerana sistem imperial ini sering digunakan di Amerika Utara sahaja.

Sekiranya anda mempunyai barangan dari negara di sebelah sana mungkin anda akan menggunakan sistem imperial ini.

#2 Screwdriver

Foto: Pexel

Jika anda merancang untuk membeli screwdriver adalah lebih baik jika anda mempunyai semua jenis, ini kerana setiap screwdriver mempunyai mata dan fungsi yang berbeza-beza.

Namun, jika anda tidak mahu dan lebih suka untuk membeli satu per satu antara screwdriver yang anda boleh beli adalah:

  • Mata Philips dan mata rata serta pastikan anda membeli screwdriver yang dibahagian belakangnya adalah besi. Ini adalah untuk memudahkan proses menukang dan ia tidak mudah rosak atau pecah.
  • Test pen pula adalah untuk anda membuat pekerjaan yang berkaitan dengan elektrikal.
  • Mangnetic tip, kerana ia mempunyai magnet dibahagian mata dan dapat memudahkan proses untuk anda mengambil skru atau barangan yang jatuh di tempat yang sempit.

#3 Allenkey

Allenkey merupakan sejenis alat yang berbentu ‘L’ dan ia mempunyai enam sisi, selain allenkey ia juga dikenali sebagai hexkey yang membawa maksud hexagon.

Ia merupakan satu alat yang penting dan anda disarankan untuk menggunakan allenkey yang berkualiti bagi mengelakkan mata allenkey rosak.

Selain itu, apabila hendak menggunakannya pastikan anda menggunakan size allenkey yang betul bagi menggelakkan mata atau skru rosak.

#4 Pita pengukur

Foto: Pexel

Kami pasti anda pasti tahu kegunaan pita pengukur ini, sudah semestinya fungsi alat ini adalah untuk mengukur sesuatu benda.

Namun, tahukah anda bahawa hujung pita pengukur ini memainkan peranan penting? Ini kerana, hujung pita pengukur ini menentukan bacaan yang anda perolehi adalah tepat atau tidak.

Untuk mengetahui pita pengukur anda mempunyai bacaan yang tepat atau tidak, anda boleh lakukan ujian seperti di bawah ini.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengelakkan dari membeli pita pengukur yang bersaiz kecil kerana ia akan menyusahkan dalam proses kerja yang ingin dilakukan.

#5 Playar

Sama seperti spanar, playar juga mempunyai pelbagai jenis dan fungsi. Ada yang di hujungnya tirus ada juga yang sedikit bengkok kehadapan untuk digunakan bagi mengepit pada tempat-tempat sempit.

Selain itu, playar merupakan alatan yang sangat penting sekiranya anda hendak membuat kerja DIY.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh tonton video di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.