fbpx
Now Reading
Didakwa Bunuh Teman Wanita, Rakan YouTuber Berdepan Hukuman Mati

Didakwa Bunuh Teman Wanita, Rakan YouTuber Berdepan Hukuman Mati

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu dilakukan Jamal di antara pukul 9 pagi hingga 5 petang pada 3 April lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang rakan YouTuber telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang di atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga kekasihnya pada awal April.

Tertuduh, Abdul Jamal Ahmad, 23 didakwa menyebabkan kematian Nur Diyanah Haris, 21, di sebuah rumah di No. 12A, Lintang Kampung Masjid, Teluk Kumbar.

Namun tiada pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh, sebaliknya dia hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Menurut laporan BH, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu dilakukan tertuduh di antara pukul 9 pagi hingga 5 petang pada 3 April lalu.

Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Terdahulu, media melaporkan seorang Youtuber terkenal bersama tiga rakannya ditahan Polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita di Teluk Kumbar.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul oleh teman lelakinya iaitu rakan kepada YouTuber itu sebelum meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.

Namun maklumat dan info tidak tepat menyebabkan ada yang menuding jari dan menyangkakan YouTuber itu yang membunuh kekasihnya.

Tuduhan tersebut menyebabkan seorang rakan rapatnya, Izzad Daniel yang juga seorang YouTuber tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.