Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seorang jurujual wanita di sebuah syarikat swasta mengalami kerugian bernilai RM55,250 selepas mengisi pautan mencari kerja.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahadisham berkata, pihak polis telah menerima satu laporan daripada wanita yang berusia 32 tahun pada 13 April berhubung pengeluaran wang daripada akaunnya tanpa kebenaran.
Mangsa terima pesanan dari nombor tidak dikenali
Beliau berkata, mangsa pada awalnya menerima pesanan melalui WhatsApp menerusi satu nombor yang tidak dikenali telah menawarkan pekerjaan secara dalam talian.
“Percaya dengan tawaran kerja itu, mangsa mendaftar melalui yang diberikan dan mengisi maklumat peribadi serta perbankan milik mangsa untuk tujuan pembayaran pendaftaran.
Terima notifikasi duit berkurang dalam akaun bank
“Pada hari sama, mangsa menerima notifikasi pesanan ringkas dari bank dan dimaklumkan terdapat pengurangan wang sebanyak RM55,250 di dalam akaun bank milik mangsa,” katanya.
Sedar akan pengurangan duit itu, mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
“Modus operandi menggunakan platform carian kerja untuk mendapatkan butiran perbankan mangsa dengan cara yang tidak sah seperti ini adalah trend terkini yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membuat pindahan wang melalui akaun mangsa tanpa kebenaran,” jelas Mahadisham lagi.