fbpx
Now Reading
‘Membimbangkan!’ – 424,000 Kanak-Kanak Berdepan Dengan Isu Kesihatan Mental

‘Membimbangkan!’ – 424,000 Kanak-Kanak Berdepan Dengan Isu Kesihatan Mental

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dan isu masalah kesihatan mental ini perlu dicegah sejak bayi lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kesihatan mental bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng oleh semua orang terutama jika ia melibatkan kanak-kanak.

Malah lebih membimbangkan menerusi statistik tinjauan kesihatan dan morbiditi Malaysia pada 2019, seramai 424,000 kanak-kanak dianggarkan berdepan dengan masalah kesihatan mental serta menggambarkan isu tersebut dalam golongan itu sebagai epidemik.

Sebanyak 20% kanak-kanak seluruh dunia alami masalah mental

Menurut Persatuan Psikiatrik Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MYCAPs), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 20% kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah mental.

Tambah WHO lagi, masalah kesihatan yang dialami itu kebanyakannya tidak dikesan serta tidak menerima apa-apa rawatan.

“Menurut WHO dalam 50%, masalah kesihatan mental bermula sebelum mereka berusia 14 tahun dan 75% bermula pada umur 20-an,” katanya.

Foto: Pixabay

Perlu dicegah seawal usia bayi

Kata MYCAPs lagi, pencegahan masalah kesihatan mental ini perlu bermula sejak bayi lagi dan ibu bapa perlu mainkan peranan penting, terutama dalam memastikan kesejahteraan mental anak-anak mereka dengan menyediakan persekitaran berkualiti serta sejahtera.

Bukan itu sahaja, ia termasuklah memastikan persekitaran mereka sentiasa dalam keadaan selamat, stabil dan penuh dengan kasih sayang.

“Keperluan kesihatan mental kanak-kanak termasuklah menerima kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa. Kanak-kanak perlu berada dalam persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin serta mereka tahu ada sokongan.

“Di samping itu, peluang untuk mereka bermain dengan kanak-kanak lain, dapat memberi kesempatan untuk mereka membina keyakinan dan harga diri,” jelasnya dalam kenyataan.

Kebanyakkan kanak-kanak membesar dalam keadaan rumah tidak selamat

Di ketika ini, kebanyakkan kanak-kanak membesar dalam keadaan persekitaran rumah yang tidak selamat kerana ibu bapa mereka tiada secara fizikal mahupun emosi.

“Bagi peringkat kanak-kanak dan remaja pula, ibu bapa perlu menggalakkan perbualan sihat dengan mendengar secara aktif dan memberikan mereka ruang untuk bercakap tanpa bersikap kritikal dan menghakimi,” menurut kenyataan itu.

Mental yang sihat membentuk kanak-kanak mempunyai peribadi yang positif apabila dewasa

Tambah MYCAPs, kesihatan mental yang bagus dapat mendorong perkembangan, pencegahan pemulihan serta daya tahan bagi kanak-kanak itu membesar dengan sihat.

Ini kerana kanak-kanak dapat membentuk resilien, mencapai potensi, dan mempunyai peribadi positif apabila mereka meningkat dewasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.