fbpx

“Padan Muka!” – Perompak Lari Lintang Pukang Lepas Disergah Kucing, Netizen Terhibur [Video]

Sebuah beg tangan dan beg duit telah berjaya dibawa lari oleh perompak tersebut dan masih dicari oleh pihak polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hajat seorang lelaki untuk menuai hasil lebih hasil rompakan di sebuah rumah terbantut apabila dia terkejut disergah seekor kucing di Bukit Sekilau, Kuantan.

Insiden itu yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu telah dikongsikan oleh pemilik rumah di Twitter menerusi akaun @ainaarhn, yang memaklumkan rumahnya telah dipecah masuk oleh lelaki yang tidak dikenali.

Terus berlari bila kena sergah dengan kucing

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang berada di ruang tamu itu sedang mencari barang untuk dicuri, dia kemudian terkejut apabila seekor kucing muncul secara tiba-tiba, lalu berlari meninggalkan kawasan tersebut.

“Pernah tengok perompak takut kucing? Tak pernah? Haa nah aku kasi korang tengok,” katanya menerusi ciapan.

Minta perompak pulangkan beg tangan serta dompet

Menurutnya, perompak itu telah mengambil sebuah beg tangan serta dompetnya dan meminta agar barang peribadinya itu dipulangkan semula.

“Aku nak kau letak beg tangan dan beg duit aku depan rumah aku tak kira apa jadi.

“Orang semua tengah cari kau ni, sebelum apa-apa jadi kau letak balik bag tangan dan beg duit aku. Tak kisah dekat mana berdekatan depan rumah aku,” tegasnya lagi.

Minta orang ramai yang mengenali perompak tersebut untuk maklumkan kepada pihak polis

Katanya lagi, satu laporan polis telah dilakukan dan rakaman CCTV tersebut sudah diserahkan kepada pihak polis.

Dalam masa yang sama dia turut meminta orang ramai untuk menyebarkan video tersebut dan mahu pencuri itu diserahkan ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tolong sesiapa yang kenal, jangan simpan dia. Hubungi balai polis yang terdekat.

“Saya nak dia ditangkap jadi minta tolong sebarkan video ini sehingga keluarga dan rakan-rakan dia (perompak) tahu,” jelasnya.

Pencuri Intern, lambat buat ‘kerja’

Insiden tersebut dalam masa sama turut menarik perhatian warganet apabila mereka terhibur melihat gelagat perompak tersebut. Ada juga yang mengatakan perompak itu seperti sedang melawat kawasan kerana lambat membuat ‘kerja’.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.